TIPS INGIN HAMIL DENGAN AMALAN TRADISIONAL, ZIKIR DAN DOA-DOA

Hi uollss, hope entry kali nie sedikit sebanyak dapat membantu pasangan2 yang ingin menimang cahaya mata, xkira samada yang baru berkahwin mahupun yang telah lama mendirikan rumahtangga. "Kehadiran Cahaya Mata Sebagai Pelengkap Kebahagiaan". Bagaimanapun bukan semua pasangan bertuah dikurniakan rezeki daripada Ilahi. Namun, sebagai seorang hamba Allah kita harus berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal. 

Mahfum Firman Allah (Saba: 24)  
Katakanlah: "Siapakan yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenran atau dalam kesesatan yang nyata.

Oraite jom sama-sama kita tengok beberapa amalan dan doa-doa yang kita boleh kongsikan bersama sebagai panduan untuk suami dan isteri..:)

Amalan Tradisional

1. Di dalam perubatan tradisional Melayu, Akar pokok tunjuk langit dimakan bagi kemandulan yang disebabkan oleh masalah rahim.

2. Secekak akar semalu kering direbus dan diminum airnya (bagi wanita)

3. Sekiranya masalah kesuburan dari lelaki, herba yang disyorkan adalah jenis yang boleh menambahkan pengeluaran sperma. Antara ramuan yang digunakan bagi tujuan tersebut ialah:

++ Campuran buah badam, susu cair, telur kuning, madu dan halba (ramuan ini dimasak, dikisar, dan diminum oleh suami dan isteri)

++ Suami dan isteri digalakkan makan tauge mentah sebagai ulam-ulaman.

++ Air Ibu Kunyit dicampur dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung (dimakan setiap pagi)

Amalan2 dan Doa-doa

Amalan pertama selepas Fajar ataupun solat Subuh
+ Baca Bismillah sekali
+ Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3x
+ Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 x
+ Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
+ Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

(Amalankanlah cara ini baik suami atau isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa)

Amalan Kedua 
+ Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum bersama dengan isteri.

+ Isteri hendaklah membaca " Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 x setiap hari

+ Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Walikram" 11x kemudian tiup dalam air dan air tersebut diminum

+ Suami dan isteri hendaklah membaca surah yusuf / surah Maryam setiap hari

Doa-doa agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh

+ Ayat 38, Surah Ali Imran
+ Ayat 89, Surah Al-Anbiya

p/s : Dinasihatkan suami dan isteri supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.

Rawatan Moden

+ Digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah 6 bulan hingga setahun mencuba
+ Seeloknya, berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapat kaunseling
+ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara am dan pemeriksaan kesuburan asas
+ Pengambilan ubat kesuburan atas nasihat doktor.

(sumber  : majalah pama Mei 2011)

Namun sekiranya anda berminat dan ingin mencuba set kesuburan shaklee saya saranankan anda mengambil set untuk suami dan isteri, Insya Allah sudah ramai yang berjaya hamil setelah bertahun-tahun menanti zuriat. Semua ini atas kurniaan Nya. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Nya.

Ali Imran ayat 159 bermaksud

" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya"


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Jika anda inginkan manfaat maksimum daripada vitamin-vitamin ini, dapatkan disini

Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...