KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR BISMILLAHILLAZI

Salam, hari nie rasa ringan jari jemari nak share cerita tentang saya dan keluarga yang berlaku 2 minggu yang lalu. Rasa 50-50 berbelah bagi nak pergi open house rumah abang long saya di Bertam. Bukan apa duk plan isnin baru nak tukar tayar, rase xsedap hati pula nak jalan jauh (taiping-bertam) hehe. Almaklum la..kereta saya berjalan merata balik utara selatan. Dah sampai waktunya tukar tayar. 

Tapi bila dipikir2 kan balik kesian pulak kat abang long sekeluarga. Dah la raya hari tu xdapat jumpa sebab beraya di Taiping je. Ermm..at last saya dan suami buat keputusan untuk pergi ke Bertam. Saya tawakal dan berdoa agar perjalanan kami selamat, pergi dan balik.

zikir bismillahillazi

Alhamdulillah, kami selamat sampai tengahari di sana. Makan, minum, bersembang potpet2 ngan adik bradik memang sangat menggumbirakan.hehe.macam2 topik dibincangkan. Petang dah mula menjelma, perut pun dah penuh terisi, huhu..so kami siap2 nak balik ke Taiping pula.

Ondaway balik pun saya tawakal dan berdoa lagi seperti biasa. Namun dalam hati kecil nie masih rasa tak sedap hati.hmmm.. so sampai je kami kat tol juru seperti biasa bayar tol dan jalan. Bila dah lepas jauh pada tol, saya rasa mcm ada bunyi pelik kat tayar. En suami masih cool lagi. Saya dah mula gelabah tapi bila suami cool saya pn cuba relax juga, tapi bunyi tu makin kuat. Tetiba saya nampak exit ke sg bakap, cepat-cepat saya suruh suami bagi signal ke kiri memandangkan semua kereta laju-laju.

Kami berhenti betul2 selekoh exit tu. Kereta, lori usah cakap la, semuanya laju2 belaka. Kluar je kereta, terus tengok tayar, Ya Allah pecah terus tayar!!!. So En.suami suruh saya call plus untuk kawal lalulintas. Bila dah settle semua tukar, rupa-rupanya tayar spare pn xboleh pakai.Subhanallah....dugaan2...hari sabtu pulak tu. Exit pada sg.bakap En suami cari kedai tayar, Alhamdulillah..nasib kami baik.kedai masih bukak walaupun masa tu dah 6.30ptg. Alhamdulillah segala-galanya baik-baik belaka. Kami sekeluarga selamat sampai di Taiping hampir masuk azan maghrib. Syukur..

Moral of the story
1. Jangan tangguh untuk melakukan sesuatu yang penting yang melibatkan hal-hal kenderaan :))
2. Sentiasa berdoa mohon perlindungan dari Nya sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan.
3. Pastikan tayar spare boleh digunakan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...